Welcome Back

,

Hi hi hi ouls... Lama sgt x update blog ni. Dah b
ertahun terbiar mcm tu je. Segalanya dah berubah dan terlalu byk yg berubah. Sy sendiri pun dah jadi seorg isteri dan ibu. Xsangka terlalu cepat masa berlalu. Nak share sikit nak upload gambar masa bersanding dulu. Ni pun gambar setahun yg lalu. Masa sanding sekali dgn adik sy. So jimat sikit ler untuk kenduri kawen. Hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari - hariku

Setiap hari bangun sebelum kuar matahari balik umah selepas terbenamnya matahari. semata2 utk meneruskan kehidupan kita sebangai manusia dah umat NYA. tapi setalah sampai opis lain plak yg jadi. hehehe.. keje mmg keje tak leh dinafikan tapi time yg masa free tu kita wat apa??? kat sini nak citer sikit apa yg berlaku hariku semasa berada kat opis jika ada masa free.
Pagi2 sampai je kat opis tgok bos tak sampai lagi terus buka farmville. menuai dan menanam dulu sampai siap semua. bagi gift kat kwn2. Baru start keje.

Masa tengahari siki plak. Mula ler main FB lagi. Comment gambo kawan2 yg dah edit. sampai ler tutup topik.

Comment gambo2 ni kadang2 berlarutan hingga ke petang. tak sedar punch card dah bunyi. seronok juga melayan kerenah kwn2 ni. boleh gelak sorg2.
petang plak dah balik keje terus buka pc sambung plak main farmville. lepas tu edit2gambo untk buat topik esok gi keje. sekarang je rasa seronok buat mcm ni. esok2 bosan juga kot.

kalu nak tgok aktiv tak aktiv aku dan kawan2 main Fb ni join ler FB kita. fun sangat2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tuhan Berikan Aku Cinta


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cuti-Cuti..


Hari ni dah 3 kita berada dlm tahun 2010. ari ni masih cuti lagi aku tak tau nak buat apa duk umah. kwn2 tiada, family jauh. kadang2 rasa mcm nak terbang balik kg. selalu klu cuti org happy tapi aku tak, klu cuti je aku mula ler resah sbb tak tau nak buat apa. duk umah bosan juga. Boyfriend ada tapi sibuk sepanjang masa. mula2 rasa mcm sedih juga tapi dah biasa rasa ok je. klu dia ada masa dia akan ajak tgok movie je pastu aku balik umah. mcm tu ler seterusnya. tapi takpe ler klu ini utk kebaikan hidup kami suatu hari nanti. kwn2 ni penting juga dalam hidup tambah2 lagi klu time sorg2 mcm ni. ok ler.. ahad mcm ni selalunya aku akan iron baju utk seminggu. pastu kemas bilik. tgok tv n tidor.. semoga tahun 2010 ni impianku akan jadi kenyataan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

New year


Masa berlalu begitu cepat.. tup tup dah sampai ker 2010.. Tgal berapa jam lagi lagi kita nak melangkah tahun baru. sy ucapkan selamat menyambut tahun baru utk semua. semoga apa yg di azamkan akan menjadi kenyataan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ayah


Masa ni aku mmg sedih sgt, aku tak tahu pada siapa tempat aku mengadu. Tadi baru saja dapat kol dari mama kat kg. ayah tak sihat lagi. doktor kata mungkin ayah dah susah nak pulih seperti biasa. mama plak suruh aku byk2 tawakal dan bersabar. Doktor kata mungkin ada darah beku kat kepala ayah dan mungkin ada kecederaan dibahagian perutnya. semua ni adalah kesan masa ayah aku kemalangan hari tu. Belum setahun lagi dah nampak kesan2 hari tu. ayah aku dah mula hilang ingatan, susah nak berjalan. Yang paling sedih tu bila dia selalu tanya kat mama dimana aku berada. Kemana aku pergi tak balik2 dari sekolah. Sedangkan dia tahu aku kat semenanjung bukan kat sabah. Ayah..aku keje disini utk bantu keluarga kita. Aku tahu ayah kita susah. aku tak sanggup tgok ayah bawa lori tu sampai tengah malam semata2 nak cari sesuap nasi utk mama,nenek dan bibi. Kami yg dah dewasa ni semua masih belum boleh tolong ayah. Sepatutnya ayah dah tak keje lagi. tapi apakan daya kami semua tidak berjaya dalam hidup kami ayah. Tapi aku tidak lupa utk bantu mama di kg. Walau aku takde duit tapi aku tak pernah cakap dgn mama. Aku akan usaha walau apa pun ketika mama kol minta duit. Ya Allah...rasa disentap nyawaku dgr semua ni. Aku kah yg kejap... Ayah..maafkan aku. Aku terlalu lama tinggalkan kg halaman. Ya Allah..pulihkanlah ayahku seperti dulu. Aku mahu ayahku jadi wali aku nikah nanti. 7 JAN ni aku balik ayah. Aku ingin mohon maaf atas semua kesalahanku selama ni. Ya Allah..berikan lah aku kekuatan utk semua ini. Ayah..tunggu kepulangan anakmu. Semoga ayah aku sembuh seperti biasa.. Buat mamaku..Byk2 sabar atas semua dugaan kita sekeluarga. Aku berjanji akan berusaha lebih utk bantu mama sekolahkan bibi. Aku janji ma..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Masa Lapang


ermm. ari ni rasa mcm bosan sgt. Tadi dah buat keje sikit tapi mcm takde mood. tapi Klau nak ikotkan hati2 mmg tiap hari takde mood. Walau apa pun kena keje juga utk meneruskan perjuangan hidup. hehehe... ari ni pagi sy wat keje sikit pastu nak masuk tghari je dah mula rasa resah. ni nasib baik bos takde leh ler buka facebook. Klu bos ada tak bz pun buat2 bz mcm cacing kepanasan. kejap2 gi toilet wlupun rasa mcm taknak gi toilet. selalunya sy sorok2 main game. ni ler games yg sy suka. Best juga ler. Try ler kwn2 ku. belajar buka restoran. Sape ada ideal bernas utk mengisi masa lapang tu sila2 ler comment.. Blog sy ni sunyi mcm takde visitor.. sedihhhh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam Ma'al Hijrah


Terlebih dahulu sy ucapkan selamat menyambut ma'al hijrah yg baru saja berlalu smlm iaitu tahun baru dalam kiraan islam. Sebut saja tahun baru mesti semua org terbayang pasal azam baru. Ermm.. mcm mana dgn azam tahun lepas? dah ada yg tercapai. sy belum tercapai semuanya. ada yg dah capai tapi belum memuaskan. Biasa ler setahun rasa sekajap sgt. belum sempat buat apa2 dah muncul plak tahun baru. Tahun ni umur sy dah 28thn. kira bukan seorg remaja dah. Dah cukup matang utk pikir mana yg baik dan buruk. tapi kita manusia biasa kadang2 ada juga silapnya. saya pun sama mcm org ramai punya azam yg yg tersendiri. Tahun ni plak azam sy "nak jadi lebih baik dari sebelum ini" "nak tukar status dari bujang kpd dah jadi isteri org", "nak tlg makayah lebih sikit dr apa yg sy tlg skrg", ni cita2 sy tapi tak tau ler kalau tak tercapai. sy tak minta lebih2 asalkan baik utk diri juga keluarga. Citer pasal tahun baru ni sy tak byk sgt ideal. Cuma sy nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH kpd semua umat islam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jalan-Jalan


Cakap pasal jalan2 ni, saya ni mmg suka jln klu duk umah rasa mcm bosan sgt. baru2 ni opis bagi bonus jln2 gi vietnam 1 department. THANKS so much pada bos sy tu. Bauk hati sgt2 dia dgn staff. Kalau tak rasanya sy tak rasa gi jejak kaki kat vietnam tu. al maklum aje ler dlm malaysia pun tak abis jalan ni kan plak gi luar negara. hehehe.. seronok juga kat sana. mata wang mmg rendah so leh shopping sakan ler. ni nak kongsi sikit citer pasal org2 kat vietnam. selama sy kat sana sy jarang sgt jumpa org gemuk atau berisi. tak tau ler sama ada saya tak jumpa atau sy yg gemuk hehehe. Tapi semua org perasan mmg org vietnam kecik molek. putih gebu. semua kecik2 tak kira ler ppuan atau lelaki. Maybe cara pemakanan dan cara hidup diorg agaknya. Kat sana jam 6ptg je semua org gi senaman tak kira ler main apa pun. bandar saigon tu ada 3taman rasanya. kalau ptg je penuh dgn org2 beriadah. bagus2... lagi satu mereka jarang makan nasi, selalu jumpa mkn mee atau pun sup paper rice.. lain tempat lain carinya.. Org vietnam juga tak suka pakai kete ramai sgt org pakai motor. klu kat malaysia jalan jem krn byk kete tapi kat vietnam lain plak. jln jem sbb motor byk sgt. ada yg tak lalu di jalan raya dah. mmg seronok gi situ rasa mcm nak gi lagi suatu hari nanti. Dari segi mkn plak takde masalah sbb tour yg kami ikut tu mmg pilih makanan halal je. mmg susah cari mkn halal. Tapi ada juga org kita malaysia yg berniaga kat situ. Kami sempat gi sungai mekong, siap naik bot lagi. Tempat shopping situ ben than market tak tau betul ker tak ejaan sy ni. hantam je ler.. Ada member tu jumpa chef wan kat dpn market tu. mmg ramai org malaysia shopping situ. kalau gi sana rasanya 3hari 2mlm dah ok kot. lama2 bosan juga. bandarnya agak kotor sikit. byk sgt habuk. tapi walau apa pun sy tetap akan gi vietnam lg. TUNGGU KEDATANGANKU OH SAIGON VIETNAM...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

My Frend


Citer pasal kwn ni 3hari 3mlm pun tak abis. Mmg manusia mcm2 perangai. sy pun sama juga manusia biasa mesti ada juga org yg tak suka perangai sy. sbb sy ni jenis yg degil klu sy kata tak nak mesti sy taknak. lagipun sy suka terus terang. Balik pada citer kita tadi pasal kwn2 tu. Ermmmm... Sy umur 18thn dah merantau negeri org. abis je spm sy terus terbang ke tanah semenanjung sambung belajar. Mula2 dtg sini rasa hidup kerdil je. dgn bandar besar mcm ni. tapi dah lama2 semua ok. Dah berani jln2 kl sorg2. bila ingat balik semuanya berlalu begitu cepat. dah sem 2 sy ada kwn2 rapat semua dari sabah. masatu duk Kitorg umah DATO' dari sabah. Ramai kwn2 yg tak abis belajar tak tau ler kenapa. Pastu sy rasa sy tak leh hidup dgn cara ni sy bertukar angin pindah umah. sy pun hampir2 hanyut dan pernah gagal 1kali dalam sem3. sy bangun dari mimpi2 buruk tu sbb pikir makayah kat kg sgt2 berharap sy dapat apa yg mereka nak tgok lagipun sy pikir dah byk duit abis. sy cuba sekali lagi dah akhirnya sy berjaya walaupun tak dapat keputusan cemerlang. Itu pun sbb sy jumpa kwn2 yg betul2 belajar. THANKS PADA KWN2 sbb banyak tlg saya menghabiskan sem terakhir. Hanya Allah akan membalas jasa2 baikmu. Terlalu byk dugaan yg sy tempuhi selama berada di tanah semenanjung ni. Namau sy redho dan berserah pada yg maha ESA. Setelah lama convo sy masih lagi tak dapat keje tetap.
Akhirnya sy dapat keje sekarang, walaupun bukan keje gomen tapi sy amat bersyukur krn sy rasa gembira bersama2 company ni. mula2 masuk saya dah ada kwn2 yg baik2. Siap leh plan gi langkawi bersama. Semuanya kenangan indah. Cepat benar masa berlalu. Pernah juga saya merasa kenangan pahit dgn kwn2 sy pernah di maki2, yg paling sy tak boleh sabar bila sy dikatakan merempat disini. sungguh sedih sy rasa. biarlah... hanya tuhan yg akan membalas segala perbuatan itu. Betul org kata tak semua yg kita inginkan menjadi kenyataan. Mmg setiap manusia mahu yg terbaik dalam hidup.. tapi skrg sy dah dewasa dah boleh pilih jln hidup yg terbaik dimasa akan dtg. Gambar kat atas ni kwn2 keje sy semua. (bella, aziah, n sue.) LUV U ALL sy tak mungkin lupa pada kelian semua.. (+____________+)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

It's Me



Hai hai.. Saya sebenarnya tak reti sgt nak tulis2 blog ni. Saya belajar buat blog ni dari bella. Sbb saya tgok mcm seronok juga. Kalau ada masa lapang leh ler update. Selalunya kalau tak keje saya akan main games sampai mata letih. Tapi hari2 main games bosan juga. Sampai bos pun dah sound. tapi tu citer dulu masa tenet takde kat umah lagi. Saya seorg yg ceria, banyak cakap tapi klu dah kenal ler. Kalau tak kenak selalu org cakap saya sombong. Saya berasal negeri bawah bayu. Saya tak punya kawan2 rapat. cuma kwn2 opis je saya ada. Tapi Skrg kwn2 opis dah jadi kwn2 rapat semua. Saya seronok jumpa kwn sepejabat saya. Tak lupa juga kwn2 yg dah resign. u all my best frend.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS