Ayah

Masa ni aku mmg sedih sgt, aku tak tahu pada siapa tempat aku mengadu. Tadi baru saja dapat kol dari mama kat kg. ayah tak sihat lagi. doktor kata mungkin ayah dah susah nak pulih seperti biasa. mama plak suruh aku byk2 tawakal dan bersabar. Doktor kata mungkin ada darah beku kat kepala ayah dan mungkin ada kecederaan dibahagian perutnya. semua ni adalah kesan masa ayah aku kemalangan hari tu. Belum setahun lagi dah nampak kesan2 hari tu. ayah aku dah mula hilang ingatan, susah nak berjalan. Yang paling sedih tu bila dia selalu tanya kat mama dimana aku berada. Kemana aku pergi tak balik2 dari sekolah. Sedangkan dia tahu aku kat semenanjung bukan kat sabah. Ayah..aku keje disini utk bantu keluarga kita. Aku tahu ayah kita susah. aku tak sanggup tgok ayah bawa lori tu sampai tengah malam semata2 nak cari sesuap nasi utk mama,nenek dan bibi. Kami yg dah dewasa ni semua masih belum boleh tolong ayah. Sepatutnya ayah dah tak keje lagi. tapi apakan daya kami semua tidak berjaya dalam hidup kami ayah. Tapi aku tidak lupa utk bantu mama di kg. Walau aku takde duit tapi aku tak pernah cakap dgn mama. Aku akan usaha walau apa pun ketika mama kol minta duit. Ya Allah...rasa disentap nyawaku dgr semua ni. Aku kah yg kejap... Ayah..maafkan aku. Aku terlalu lama tinggalkan kg halaman. Ya Allah..pulihkanlah ayahku seperti dulu. Aku mahu ayahku jadi wali aku nikah nanti. 7 JAN ni aku balik ayah. Aku ingin mohon maaf atas semua kesalahanku selama ni. Ya Allah..berikan lah aku kekuatan utk semua ini. Ayah..tunggu kepulangan anakmu. Semoga ayah aku sembuh seperti biasa.. Buat mamaku..Byk2 sabar atas semua dugaan kita sekeluarga. Aku berjanji akan berusaha lebih utk bantu mama sekolahkan bibi. Aku janji ma..









0 Response to "Ayah"
Post a Comment